Sunday, August 17, 2008

DERHAKA MERTUA

NAMA HERBA : Derhaka Mertua
NAMA SAINTIFIK : Plumbago Indica
BOTANI :
Tumbuhan renek. Batangnya separa berkayu dengan ranting yang mudah lentur. Daunnya ringkas berbentuk bujur dengan bahagian hujung daun yang runcing. Permukaan daunnya licin dan berkedut. Mempunyai bunga yang cantik dan berwarna merah terang Ia selalunya tumbuh di kawasan teduh dari cahaya matahari. Membiak dari keratan batang dan benih.
KEGUNAAN:
Mengubati sembelit, ubat batuk, bronchitis, angin dalam perut, antiradang, kudis buta dan melancarkan haid. Ia juga digunakan untuk menggugurkan kandungan di zaman dahulu. Ia mengembalikan kecergasan badan.

No comments: