Thursday, August 14, 2008

HEMPEDU BUMI

NAMA HERBA : Hempedu Bumi
NAMA SAINTIFIK : Andrographis paniculata

BOTANI :
Herba semusim yang tumbuh menegak. Tumbuh meliar di kawasan tanah lapang. Sesuai ditanam di kawasan kering dan terdedah kepada cahaya matahari. Boleh mencapai ketinggian 60 – 70 cm. Berdaun kecil , bujur, runcing, hijau pekat dan licin dan tersusun secara bersilang. Bunganya tumbuh sekali-sekala dan jarang-jarang pada tangkainya.

KEGUNAAN:
Untuk kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kanser atau gangguan antoimun termasuklah HIV, AIDS. Juga boleh digunakan untuk kulit gatal atau terkena gigitan serangga, mengubati berak berdarah, cirit-birit, sakit tekak dan demam.

No comments: