Saturday, August 16, 2008

MAS COTEK


NAMA HERBA : Mas cotek
NAMA SAINTIFIK : Ficus deltoidea

BOTANI :
Merupakan tumbuhan menumpang pada pokok lain. Tumbuh di kawasan belukar atau pergunungan. Ketinggiannya lebih kurang 20 kaki. Di batangnya terdapat buah yang terbit di celah daun. Bentuk daunnya bulat dan besar atau bujur telur atau lonjong. Daun yang bulat merupakan mas cotek betina sementara yang bujur merupakan mas cotek jantan. Daunnya hijau berkilat dan mempunyai bintik emas di permukaannya manakala di bahagian bawahnya berwarna kuning emas dan tompok-tompok hitam.

KEGUNAAN:
Mengecutkan rahim, merawat masalah wanita, mengekal awet muda. Boleh mencegah dan menyembuhkan penyakit paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit, melancar peredaran darah , gout dan rawatan sakit kulit, migraine, angina akhmar, memotong kolesterol.

No comments: