Friday, August 15, 2008

MENGENALI HERBA


Herba bermaksud pokok-pokok yang berbatang lembut dalam istilah botani. Manakala dalam istilah biologi, herba bermaksud pokok atau bahagian tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perkara-perkara seperti penjagaan kesihatan, pengeluaran minyak pati, perisa makanan dan ekstraksi untuk produk semula jadi. Dalam maksud yang lain herba ialah tumbuhan perubatan dan tumbuhan beraroma.

Bahagian-bahagian tumbuhan yang dimaksudkan ialah seperti bunga, daun, buah, batang, akar dan rizomnya. Cendawan juga diklasifikasikan sebagai herba.

Tidak semua bahagian pada sebatang pokok mempunyai fungsi yang sama dan terhad untuk merawat sejenis penyakit sahaja. Setiap bahagian tumbuhan tersebut mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Contohnya, mungkin bahagian buah pokok tersebut dapat menyembuh penyakit yang berkaitan dengan organ, manakala daunnya pula berfungsi sebagai ubat pupuk untuk luka atau sebagainya. Manakala bunganya pula berfungsi sebagai bahan penjagaan diri.

Sumber: Panel Penulis PCT (2006). Siri Menerokai Alam Botani: Herba. Bukit Serdang: Penerbitan PCT.

No comments: