Thursday, August 14, 2008

MULBERI




NAMA HERBA: Mulberi
NAMA SAINTIFIK: Morus L.

BOTANI:
Sebuah pokok kecil dengan ketinggian antara 1 hingga 6 meter. Tergolong dalam genus Morus. Terdapat pelbagai jenis mulberi antaranya mulberi hitam (morus nigra), mulberi putih (morus alba), mulberi merah (morus rubra) dan pelbagai jenis lagi. Boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang.

KEGUNAAN:
Buah mulberi sesuai dipelbagaikan ke dalam masakan seperti pai, tat, kek dan juga dijadikan jus. Ia juga boleh dimakan begitu sahaja. Mulberi hitam mempunyai rasa dan bau yang paling kuat sekali menyebabkan ia digunakan secara komersial untuk menghasilkan perisa dan pewarna berasaskan mulberi.Daun mulberi yang tua boleh dijadikan teh dan berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Selain itu ia juga mampu mengurangkan sakit-sakit otot terutamanya pada lutut

No comments: