Thursday, August 23, 2012

POKOK PERIUK KERA




Kawan saya membeli dua pasu pokok periuk kera di atas dengan harga RM100.  Mahal, kan?  Tapi, beliau memang minat pokok ini.

Berikut adalah sedikit maklumat tentang pokok herba ini.

Nama Tempatan: Periuk Kera
Nama Saintifik: Nepenthes mirabilis
Nama Lain: pitcher plant
Famili: Nepenthaceae
Lokasi dijumpai: tumbuhan liar di hutan

KEGUNAAN
Air yang terdapat didalam periuk kera ini dikatakan berkhasiat untuk mengekalkan kesihatan mata.Akarnya digunakan untuk mengubat penyakit semput atau lelah atau asma dengan cara mengasah akarnya pada pasu dan dicampurkan dengan kemenyan putih. campuran ini dididihkan dan ditapis sebelum diminum airnya.Kajian juga sedang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik untuk membuktikan khasiat tumbuhan ini sebagai penawar kepada penyakit kanser.

No comments: